Tuesday 10 January 2012

Watak Utama / Perwatakan


Hafizi
            Hafizi ialah seorang murid yang cacat. Dia juga seorang murid yang pintar dan merupakan anak orang berada. Dia dihantar dan dijemput dari sekolah oleh pemandunya, pak mat. Hafizi ialah murid kelas 4 Sains 1.

Perwatakan

Baik hati dan tidak berdendam

                Hafizi tidak mengambil hati atau berdendam terhadap Kamil yang selalu menghina dan mempermain-mainkannya. Sebaliknya, dialah yang menyelamatkan Kamil yang lemas ketika madi dalam kolam.

Penyabar
           
Hafizi bersikap tidak kisah walaupun sering diejek oleh Kamil dan kumpulannya. Kesabarannya dapat dilihat apabila dia menyabarkan Raja yang mahu bertindak ke atas Kamil kerana mengejeknya.

Pandai dan bijak
           
Hafizi seorang murid yang pandai dalam semua mata pelajaran. Kepandaiannya ini membuatkan ada murid yang dengki kepadanya.

Merendah diri

            Walaupun merupakan anak orang berada, Hafizi tidak berbangga dan berlagak. Dia menganggap semua manusia sama sahaja.

No comments:

Post a Comment