Tuesday 10 January 2012

Tema Dan Persoalan

Tema

Kebaikan hati seorang murid

     Hafizi memperlihatkan sikap baik hatinya terhadap Kamil walaupun selalu menghinanya kerana kecacatannya. Kamil juga pernah menolak Hafizi sehingga dia terjatuh. Lantaran tidak menyimpan perasaan dendam, Hafizi telah menolong Kamil yang lemas ketika mandi-manda di dalam kolam.


Persoaloan

Nasib golongan yang cacat
            Hafizi sering dihina dan dipermain-mainkan oleh Kamil kerana kecacatannya. Kamil juga pernah menolak Hafizi sehingga Hafizi terjatuh.

Setiap manusia sama di sisi Tuhan
            Cikgu Lee menyedarkan murid-muridnya agar tidak menghina orang lain kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan ajaran agama.

Ragam murid-murid sekolah
            Pelbagai ragam murid sekolah dapat dilihat seperti perasaan iri hati, membela rakan dan sebagainya. Dalam cerpen ini, Kamil dasn beberapa orang rakannya memperlihatkan perasaan kurang senang mereka terhadap Hafizi yang merupakan seorang murid yang pintar.

2 comments:

  1. Boleh saya buat rujukan berdasarkan post ini untuk folio b.m saya? Ribuan terima kasih saya ucapkan. :)

    ReplyDelete
  2. Banyak memberi manafaat untuk rujukan pelajar

    ReplyDelete