Friday 13 January 2012

Pengajaran

1.     Kita  tidak sepatutnya menghina orang lain dengan  sewenan-wenangnya. 
2.     Kita mesti membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa berbelah bahagi. 
3     Semua manusia adalah sama di sisi Tuhan tanpa mengira kedudukan dan pangkat 
4     Kita tidak sewajarnya bersikap bongkak akan kelebihan dan kemewahan yang dikecapi
5    Kita mestilah memaafkan kesalahan seseorang yang telah menginsafi kesalahannya 
      dengan hati yang ikhlas.

Nilai


Baik Hati

                Walaupun Hafizi selalu diejek oleh Kamil dan rakan-rakannya. Dia tidak pernah bertindak atau berdendam terhadap Kamil. Sebaliknya dia memaafkan Kamil setelah Kamil menyedari kesilapannya dan meminta maaf daripadanya.

Merendah diri.

                Walaupun Hafizi seorang murid yang pandai dan berasal dari kalangan orang berada, dia selalu merendah diri. Bagi Hafizi, kaya atau miskin, cacat atau sempurna seseorang itu, mereka tetap sama.

Keadilan.

                Semua manusia adalah sama sahaja di sisi Tuhan. Oleh itu, keadilan dalam melayani setiap orang adalah penting tidak kira sama ada seseorang itu cacat atau tidak, selain itu, setiap orang juga mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Gaya Bahasa

Simpulan Bahasa

“ tetapi dia tidak busuk hati seperti kau, Kamil” sampuk Mei Ling.

Sinkope

                Aku tak takutlah, kau tu kuat sangat !” raja menyahut cabaran itu.

Metafora

                Kamil sudah pun menunggu mereka berdua di muka pintu.

Thursday 12 January 2012

Teknik Plot


Dialog
                Mei Ling menegur perbuatan Kamil terhadap Hafizi manakala Kamil menerima Mei Ling agar tidak campur tangan.
           
“ Jangan tunjuk baiklah, Si Tempang.” Kamil terus menghina Hafizi.

Monolog Dalaman
                Hati Hafizi berbisik tentang orang lain yang bersusah hati apabila melihat kepincangan dirinya sedangkan dia tidak menyesal dilahirkan begitu.

                “ Aku tidak pernah menyesal dilahirkan begini, mengapa orang lain pula yang bersusah hati melihat kepincangan diriku,: bisik hati Hafizi.

Binaan Plot


 Permulaan
                Kamil dan kumpulannya sentiasa mengejek Hafizi yang cacat. Kamil juga dengki akan Hafizi yang pandai dalam semua mata pelajaran dan dianggapnya berlagak.

Perkembangan dan perumitan.
                Hafizi ditolak sehingga terjatuh oleh Kamil ketika dia masuk ke dalam kelas. Raja yang sentiasa membela Hafizi daripada menjadi hinaan. Kamil dan kumpulannya ingin membalas perbuatan Kamil itu tetapi dihalang oleh Hafizi agar tidak mengikuti perangai Kamil. Mei Ling turut tidak menyukai perbuatan Kamil terhadap Hafizi. Walaupun cacat, murid-murid kelas 4 sains1 menyertai program perkelahan yang diawasi oleh Cikgu Ridzuan dan Cikgu Lee. Kamil lemas ketika sedang mandi di dalam kolam.

Klimaks
                Hafizi terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil. Raja pula memberi bantuan pernafasan kepada Kamil yang telah kelemasan.

Peleraian
                Kamil insaf akan perbuatannya yang sering mengejek dan mempermain-mainkan Hafizi lalu memohon maaf daripada Hafizi. Hafizi yang tidak pernah menyimpan perasaan dendam atas perbuatan Kamil dan sedia untuk memaafkannya.

Wednesday 11 January 2012

Latar

Latar Tempat

Sekolah
                Tempat Hafizi, Raja dan rakan-rakannya bersekolah

Kelas.
                Peristiwa di dalam cerpen ini juga berlaku di dalam kelas dan di luar. Hafizi yang dilahirkan cacat tidak beratur ketika rakan-rakannya beratur di hadapan muka pintu kelas kerana dia tidak boleh berdiri lama.

Padang sekolah
                Ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Hafizi hanya melakukan senaman ringan sedangkan rakan-rakannya rancak bermain bola sepak di padang.

Kawasan perkelahan
                Tempat Hafizi dan murid-murid kelas 4 Sains 1 berkelah, Hafizi hanyak melihat kawan-kawannya mandi manda di kolam. Kamil yang lemas ketika mandi di kolam telah diselamatkan oleh Hafizi. Di sini juga, Kamil meminta maaf daripada Hafizi kerana sering menghina dan mempermain-mainkannya ekoran kecacatannya itu.


Latar Masa
Waktu Pagi
                Waktu persekolahan sesi pagi. Hafizi dan murid-murid Kelas 4 Sains 1 bersenam di padang ketika mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Peristiwa perbualan antara Hafizi dengan Raja  tentang sikap Kamil  terhadap Hafizi.

Peristiwa Hafizi ditolak oleh Kamil ketika dia hendak masuk ke dalam kelas sehingga dia terseungkur di lantai juga berlaku pada waktu pagi.

Jarak Masa
                Berlaku dalam masa dua hari.
                Bermula dengan keadaan di sekolah, iaitu Hafizi masuk ke dalam kelas sebelum kelas bermula.
                Kejadian dia dicemuh oleh Kamil dan Hafizi ditolak oleh Kamil ketika hendak masuk ke dalam kelas
Pada hari berikutnya, Pelajar kelas berkelah. Kamil yang lemas ketika mandi di kolam telah
diselamatkan oleh Hafizi yang selama ini sering dihina dan dipermain-mainkannya.

Latar Masyarakat

Golongan Masyarakat
                Terdapat golongan yang sudah dewasa seperti guru sekolah dan golongan murid seperti Hafizi, Kamil, Raja dan Mei Ling

Kategori Masyarakat
                Masyarakat di kawasan bandar, Hafizi dan rakan-rakannya bersekolah dim kawasan bandar.

Pekerjaan masyarakat
                Pelbagai jenis pekerjaan seperti guru, pemandu dan murid.

Bangsa / agama
                Masyarakat yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, dan India.

Masyarakat yang berkerjasama
                Hafizi dan Raja bekerjasama menyelamatkan kamil yang lemas ketika mandi-manda di dalam kolam. Hasil daripada amalan sikap bekerjasama tersebut, Kamil berjaya diselamatkan.

Masyarakat bandar yang agak mewah
                Hafizi dianggap sebagai anak orang berada kerana dia dihantar ke sekolah oleh pemandu dan dijemput oleh pemandu ketika pulang ke sekolah.

Tuesday 10 January 2012

Watak Sampingan / Perwatakan

Raja.
                Raja ialah murid Kelas 4 Sains 1. Dia yang berbangsa India ialah kawan baik Hafizi dan sentiasa mempertahankan Hafizi daripada menjadi mangsa Kamil dan kumpulannya.

Perwatakan

Baik hati.
                Dia sentiasa membela Hafizi yang selalu dihina oleh Kamil. Dia turut membantu Kamil selepas Kamil dinaikkan dari kolam akibat terjatuh.

Merendah diri
                Raja mengakui kekurangan dirinya berbanding dengan Hafizi. Dia berasa malu untuk menumpang kereta Hafizi ketika pulang dari sekolah.

Mudah marah
                Apabila Hafizi dihina oleh Kamil, dia ingin bertindak ke atas Kamil.


Kamil
                Kamil juga muridn Kelas 4 Sains 1

Perwatakan

Nakal
                Kamil sering mengejek dan membuli Hafizi kerana kecacatannya. Dia turut menolak Hafizi sehingga terjatuh.

Insaf akan kesalahannya.
                Kamil memohon maaf daripada Hafizi setelah Hafizi menyelamatkannya daripada lemas di dalam kolam.

Dengki akan kerjayaan orang lain
                Kamil tidak suka akan Hafizi kerana Hafizi pandai dalam semua mata pelajaran di dalam kelas. Dia selalu merendah-rendahkan Hafizi.